Sunday, June 17, 2012

Apa yang kononnya aku minat tu?

Assalamualaikum.. :)


Hye there, how are you doing? Okay, it has been a while since I post something here, in my kingdom, in my land. HAHA. Actually I do want to write some pieces of words and sentences but I really don’t have any idea.

Tadi tiba-tiba je aku terfikir tentang sesuatu. Tentang diri aku, tentang minat aku, YA, minat aku. (korang minat aku jugak ke?) HAHA. Apa yang aku minat sangat tu? Retisss mana pulak kan? Handsome sangat kah? Alahai... Bukan la. Bukan itu, no no no, jangan fikir pelik-pelik okay walaupun aku memang sedia ada pelik J

*MUSIC*


Yes, I love music. And if anyone ask me :

U- Why Mirza why?? Why must music?
Me- I don’t know. I don’t have any idea why must I become so interested in Music.
U- Kau tak ada benda lain ke? Banyak lagi benda lain kau boleh minat... Memasak ke, menjahit ke, menidur ke? (MENIDUR??????)
Me- Mana la aku nak tahu dah aku memang suka. Kau ni kena jugak kang! Meh sini aku gigit hidung kau! (Ini dialog tipu-tipu ditipu lagi, takkan la tak pasal-pasal aku nak marah-marah) :p

Aku ada buat kajian sendiri tentang minat aku ni. Aku buat apa? Adalah benda aku buat. Okay-Okay, aku ceritalah kat korang semua ye .Sebenarnya aku dah interview seseorang dalam ahli keluarga aku ni. 7 hari 7 malam aku jalankan interview ni (kalah interview MEDSI yang *tuttttttttt* sangat tu). Silalah tertanya-tanya siapa yang aku interview tu.. hehe. And................... the winner and the chosen person ......................to receive this award........................goes to....................


(Applause!!!)

Apa saja yang kononnya aku tanya atuk aku tu? Okay, meh sini aku cerita. Mari anak-anak, ibuk mau ceritainn dongg.. Dengerinn yaa J

Alkisah.............. ( 1 year and 6 months before)

Pada suatu hari yang nyaman dan tenang, aku pulang ke rumah atuk aku. Niat di hati ingin menziarahi mereka. Aku bawa bersama-sama si biru aku iaitu gitar yang aku sayang sangat tu. Beberapa jam kemudian tangan aku mula gatal nak touching-touching (menyentuh) gitar aku tu. Aku dengan perasaan yang sangat teruja mengambilnya lalu aku petik satu persatu tali gitar tersebut. Aku rasa atuk terdengar bunyi-bunyi yang telah terhasil daripada getaran zarah-zarah yang berlanggar dengan udara. Mungkin sumbang. Atuk pon datang menghampiri aku. Tanpa semena-mena atuk bersuara, “Dulu pun atuk main ni”, sambil tunjuk dekat gitar. Aku agak terkejut, tidak pernah terlintas di fikiran ini yang atuk aku yang kini berusia 80-an pada suatu masa dahulunya pernah bermain alat muzik. Tapi apa yang nak dihairankan. Atuk cerita yang dulu dia main violin. Hebat seyhhh atuk aku. Atuk ada kumpulan sendiri, pernah pergi sampai Singapura sana untuk main alat muzik lagi. “Atuk main gune note dulu, ada E, Am, G”, tambah atuk lagi. Perghhh... salute la kan. Aku pun tak pandai lagi bace note-note yang macam taugeh tu. Atuk cakap dulu dia ada simpan alat muzik dia dalam almari, tapi sekarang tak tahu mana dah. Yela, rumah atuk pun dah berapa banyak kali renovate sana –sini kan. Then, I asked him, what if one fine day I buy him a Violin? Atuk tanpa ragu-ragu jawab “InsyaALLAH atuk boleh ingat lagi nak main”. Aku cerita tentang ni dekat makcik aku, dia pun tak tahu pasal ni pada mulanya.


So, I think I’ve got the conclusion why I’m so interested in music. Semua ni sebab ada la jugak darah muzik tu mengalir dalam diri aku. Ingat darah keturunan raja je ke ada, tak mampulah, darah muzik je aku ada. Ish, apa darah-darah ni?? HAHA

Ya, aku mengaku yang aku tidak pandai mana pun main gitar tu. Setakat suka-suka boleh la. Buat hiburkan hati sendiri. Tapi aku tak pernah putus asa nak ulang lagi dan lagi supaya aku boleh mahir hiburkan diri sendri. HAHA. Macam kita belajar kat sekolah jugak, cikgu mesti akan cakap, “Minah, buat latihan yang cikgu bagi ni banyak kali. Nanti dah 50 kali kamu buat, kamu tutup mata pun kamu boleh jawab senang-senang je”. Boleh la tutup je mata lepas ni. HEHE.

Lagi satu hal, masa kat Lendu dulu, Aliaa Amirah kawan aku pandai main keyboard. Aku pun pernah try juga la main sekali dan sekaki tangan mulut mata hidung telinga. Aku rasa memang aku gila-gila punya nak main tapi tak pandai. Jadi, aku dah tanam azam dalam diri aku cuti berbulan-bulan lepas asasi ni nak tak nak aku kena pandai jugak main keyboard even sumbang-sumbang sikit, banyak ataupun memang orang nak hempuk je kalau dengar. Adat la kan, aku tak pergi kelas mana-mana pun. And now, I’m done! Aku Berjaya. Ya, aku Berjaya u ollsss! Bolehla aku main sikit-sikit. Nak dengar demo? Malu la sayewwww... auwww (pehal yang tetiba nak gedik ni)

Instrumental yang aku letak dekat blog ni satu instrumental gitar and another one keyboard. yang gitar ni aku ambil daripada seorang budak korea ataupun jepun (aku tak kaji la pula) nama dia Sungha Jung. Dia memang power betol main gitar. Lepastu ada seorang lelaki main drum pulak dengan instrumental yang budak ni dah buat. Tengok di sini okay. Yang lagi satu lagu tu boleh tengok di sini. Aku rasa menarik aku letak terus. nak tunggu aku main hebat macam ini berzaman lagi lah. HEHE

Sebab tu la aku In a relationship with both guitar and keyboard. Setakat ni dorang saja yang aku ada. Boyfriend? Kenapa tiba-tiba cakap pasal boyfriend? Gatal muchhh!! HAHA. Tak apa, dia pun main gitar juga. So dia tak marah pun. Kan kan kan kan?????? (macam la dia nak baca apa aku merepek ni) Okayyyyy.... Sampai sini sajalah kisah yang aku ingin kerepek kan.


Oh, one more thing. Haritu ada kawan aku, kawan ke? Tak, macam ni. kawan kepada kawan aku mintak tolong aku Like page dorang kat FB. Band dorang nama 2nd Floor. Not bad jugak. Korang tolong la like sekali k. Untuk saja-saja :)

Tataaaaaaaa ;) Assalamualaikum....


*APA-APA PUN, SOLAT DAN KEWAJIPAN LAIN JANGAN BIAR TERABAI*


2 comments:

  1. sungha jung korea beb.name jepun lain.hihihik. XD

    ReplyDelete
  2. derrr... kau pon tau kan aku ni lemah bab-bab korea jepun ni. haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...