Friday, June 1, 2012

Hobi suka-suka

Assalamualaikum :)

Okay3... Now, let me tell you something. Guess what? I’ve a not-so-weird hobby. HAHA. Betul laaaaa..  Aku rasa tak pelik mana pon hobi aku ni. Tapi maybe jarang dilakukan. Ataupon korang akan cakap leceh? Buang masa? Buang duit? Takda masa? Biar aku cerita dulu then only korang fikir la apa-apa pon.  HEHE



Actually, I love to read magazine. Antara majalah yang aku baca ialah Klik, REMAJA, (walaupon dah tak berapa remaja), NUR, Mingguan Wanita, Ujang, Female, PC dan lain-lain lagi la. Dulu masa kecil ayah selalu belikan Kuntum, Asuh, Dewan Pelajar dan macam2 lagi la yang aku sendiri pon dah lupa. HEHE. My favourite comic is the one and only..................

DORAEMON


#memang aku suka, mak aku pon pelik dah besar-besar pon baca Doraemon lagi. Aku siap bawa pergi UiTM. Roommate aku pon dah paham dah. Die pon join sekali baca. HAHA 


Yang sebenarnya~~~~~~
Aku suka sangat hantar peraduan/contest yang ade dalam semua majalah-majalah tersebut. Memang dari dulu la suka. Hobi ni semakin pesat berkembang lepas aku habis SPM. Nothing to do right so aku pun tanpa segan silu dan tak tahu malu menghantar la segala peraduan yang ada. 

*Ini contoh contest yang dah siap dijawab. Tunggu masa nak post jer*


Memang la kos die banyak jugak. Yela, nak beli majalah lagi, sampul surat lagi, setem lagi, gam, gunting, pen (takkan la yang ni pun korang tak ada. Pinjam adik sana! HEHE). Tapi kan......  korang akan dapat hadiah yang lumayan nanti. Tolong la caya sama gua beb!!
TAK PERCAYA???? meh tengok gambar-gambar kat bawah.

SCROLL DOWN...........



*Ini la antara hadiah-hadiah yang aku pernah dapat*

T-shirt edisi khas The Spirit, Buku Nota edisi khas Tsunami, Puzzle The Green Hornet, Selipar Bedtime Stories, Rantai Kunci A Christmas Carol, Torchlight G.I Joe, Pas wayang RAM entertainment, Pen Laughing Gor, yang kat atas kotak puzzle tu die macam laser tapi boleyh record suara sekali daripada filem G-Force.

*Semua hadiah ni limited edition tau. Tak ade jual kat kedai-kedai aku rasa* 

*ada lagi yang tak ada kat dalam gambar. CD tu memang banyak la. CD cerita korea, jepun, karaoke. then ada Apron The Princess and the Frog (betul ke aku tak ingat sangat sebab mak aku dah buat masak entah dia letak mana), Voucher membeli belah RM 200 (aku dah guna), and tiket movie (dah guna jugak laaaa)*


Haaa... So, what do you think? It's worth a lot actually. Try la. Best weyh, cuba bayangkan tiba-tiba posmen datang depan rumah goncang-goncang gegar-gegar pintu pagar depan rumah korang sebab nak bagi hadiah-hadiah yang korang dapat tu. HEHE. okay... tu je yang aku nak share setakat ni :) thanks :)

Ni link Kumpulan Media Karangkraf. Antara company majalah terbesar jugak kat Malaysia ni kalau tak silap. Check la apa-apa majalah yang menarik.


2 comments:

  1. doraemonnn~ hehehehe
    yg voice recoder tuh plg ak egt.haha XD

    ReplyDelete
  2. haha. kau tau kan tu feveret aku.
    memang, muke kau excited giler time gune mende alah tu. haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...